.::Usrah SAMTH::. :: View topic - Undang-undang Usrah SAMTH
graphic logo logo graphic graphic  


Home | Forum

Undang-undang Usrah SAMTH Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.
 .::Usrah SAMTH::. Forum Index -> Berita Penting Untuk Usrah  

Apakah Pandangan Anda Mengenai Forum Usrah SAMTH?
Perlu Diteruskan
100%
 100%  [ 4 ]
Tidak Perlu Diteruskan
0%
 0%  [ 0 ]
Total Votes : 4

Author Message
 PostPosted: Mon Nov 19, 2007 7:32 am 

admin
Site Admin


Joined: 18 Nov 2007
Posts: 28
Location: Klang, Selangor, Malaysia

 
 
 

Undang-undang Usrah SAMTH

Peraturan & kod Etika Usrah SAMTH.

Objektif peraturan dan kod etika Usrah SAMTH ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga Usrah SAMTH dapat baca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. Sekiranya anda sudah mendaftar dan menjadi ahli Usrah SAMTH maka anda adalah secara langsung tertakluk dengan segala peraturan serta syarat dan kod etika yg di tetapkan oleh Usrah SAMTH.


1. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru hendaklah dibuka di dalam segmen forum yang bersesuaian.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Jika ada mana2 topik yang membuat 'spam' atau topik berulang kali maka pihak Usrah SAMTH tidak teragak-agak untuk memadamkannya atau ban user tersebut tanpa notis. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam Usrah SAMTH bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali.


2. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Pastikan mesej yang dibalas tidak akan menimbulkan perasaan negatif kepada ahli yang lain. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


3. Etika dan Tatasusila
Setiap warga Usrah SAMTH adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.


4. Memasukkan Gambar
Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma.

Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar www.imageshack.us


5. Imej untuk avatar dan signature
Pilihlah avatar dan signature yang mempunyai mesej yang baik dan melambangkan sst yang bermakna... Anda dilarang sama sekali menggunakan avatar yang menjolokkan mata, kerana dikhuatiri tersilap faham, eloklah guna avatar yang melambangkan diri anda sendiri... Adalah menjadi satu pakaian iman dan taqwa bagi pengguna Usrah SAMTH menggunakan avatar yang bersyariat..


6. NickName User
Anda boleh memilih memana nick yang sesuai dgn etika sbg orang Islam, Dan setiap individu hanya perlu ada 1 nick sahaja dan tidak boleh mendaftar banyak nickname serta tidak dibenarkan menukar nick setelah mendaftar menjadi ahli, pihak admin akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.


7. Perlaksanaan Peraturan
Sekiranya mana2 individu yang melanggar peraturan dan kod etika Usrah SAMTH akan diberi amaran. Mana-mana posting atau mesej yang tidak sesuai yang mana ada unsur negatif, provokasi, politik keterlaluan, lucah, subversif dan skim cepat kaya akan didelete, dikunci dan dipindahkan tanpa sebarang notis. Jika tiada maklumbalas positif maka kami akan memblacklist, mendeactivatekan account atau membanned anda dengan keputusan bicara panel admin.

Semoga dengan kod etika ini mampu menjaga keharmonian kita bersama.



Wassalam

 
Reply with quote
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
 .::Usrah SAMTH::. Forum Index -> Berita Penting Untuk Usrah
Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.
Jump to:  

 Further options
 All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1
 
View previous topic :: View next topic  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Display posts from previous:   
 
Powered by phpbb, copyright the phpbb group Template by jasidog.com


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free