.::Usrah SAMTH::. :: View topic - Sejarah
graphic logo logo graphic graphic  


Home | Forum

Sejarah Post new topic   Reply to topic
 .::Usrah SAMTH::. Forum Index -> Info Sekolah  
Author Message
 PostPosted: Thu Jul 10, 2008 9:54 am 

admin
Site Admin


Joined: 18 Nov 2007
Posts: 28
Location: Klang, Selangor, Malaysia

 
 
 

Sejarah

Sejarah SAMTH


1936

- Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang atas intensif Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Shah.

1941
- Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

1946
- Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah untuk pelajar perempuan dirumah Allahyarham Hj. Othman.

1947
- Dengan budibicara Raja Nong, DYMM (Almarhum) Sultan Hisamuddin Alam Shah mewakafkan istana baginda Kolej Islam Sultan Alam Shah, kepada pelajar Madrasah Ahliah Uthmaniah. Madrasah tersebut ditukar nama kepada Raudhah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah Allahyarhamah Asmah Binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini. Mereka menggunakan bangunan yang sama tetapi pentadbiran yang berlainan.

1951
- Rombongan pelajar perempuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan.

1956
- Pelajar lelaki Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar "ibtidaii" (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki 1V Thanawi. Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.

1957
- Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin.

1973
- Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin lelaki dan perempuan ditubuhkan di bangunan Maahad Jamaah Islamiah Kampung Jawa.

1974

- Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).

1977
- SAMRH Sungai Bertih dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kg Jawa.

1979
- Bangunan lama SAMRH (sungai bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.

1982
- Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan. Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih dan SAMTH Kampung Jawa dipisahkan.

1984
- Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah tinggi.
-Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam.
-Pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.

1987
- Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah Agama Jais yang lain hingga tahun 1991.

Dis 1992
- SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.

2000
- SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 4.

28 Ogos 2001

- Perpindahan SAMTH dari bangunan lama ke bangunan sekarang.

2003
- SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki.

 
Reply with quote

_________________
.::Majulah SAMTH Untuk Negara::.
http://www.samth.forumarena.com/
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
 .::Usrah SAMTH::. Forum Index -> Info Sekolah
Post new topic   Reply to topic
Jump to:  

 Further options
 All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1
 
View previous topic :: View next topic  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Display posts from previous:   
 
Powered by phpbb, copyright the phpbb group Template by jasidog.com


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free